02 July 2010

CARA-CARA MEMBUAT MURTABAK

kenaper kah, mengaper kah n bagaimanakah aku leh tetiber nak tulis dlm blog aku nie cara2 nak wat murtabak?huhuhu...ada cerita disebalik murtabak nie....so aper2 pun aku akan cube wat murtabak biler balik mlk nie....hehehee

so nie ler cara-cara nak wat murtabak..nie sume aku search kat tenet jer..so saper2 yg rs nak wat murtabak 2 leh ler k ambik resepi nie k..


Bahan - Bahan

Bahan Inti : - (inti ini sesuai juga untuk karipap atau popia )
Daging ayam / lembu (direbus dan dipotong halus)
I peket perencah nasi goreng Adabi
Sebiji bawang besar
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Lada hitam(ditumbuk) - terpulang pada citarasa anda kalau nak pedas letak
banyak sikit
Daun bawang
Daun sup
sebiji telur
Serbuk lada sulah (jika suka )
Cili merah
Minyak masak


Bahan Doh

Tepung gandum
Marjerin
Secubit garam
Sebiji telur


Cara - cara membuat inti

Panaskan minyak tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga berwarna keemasan dan naik bau.Masukkan perencah nasi goreng Adabi , sedikit rebusan air daging beserta daging ayam / daging . Goreng sebentar. Masukkan lada hitam , garam(selalunya saya tak letak garam sebab perencah nasi tu dah secukup rasa ),daun bawang , daun sup, cili merah, pecahkan telur ke dalam bahan yang digoreng. akhir sekali masukkan bawang besar.



Cara - cara membuat doh

Masukkan tepung, sedikit bancuhan air garam, marjerin dan sebijitelur...Uli sehingga lembut....bentukkan bulatan doh kecil-kecil dan bahagikan kepada dua atau tiga bahagian.... renjiskan dgn minyak masak...tutup dengan tudung periuk...biarkan lima hingga enam jam...



Cara - cara membuat murtabak ; -

Setelah adunan menjadi lembut....canai dan tebarkan.... masukkan inti murtabak. Goreng dengan api perlahan sehingga kulit murtabak kelihatan kberwarna keemasan ....



p/s : Sukatan itu terpulang pada anda kerana saya tidak memakai sukatan hanya mengagak....

2 comments:

WANIE said...

baba buat lg sedap..ehheh

Fezazen said...

mmg ler..babakn wat roti canai..ko 2 reti ker?wakakaa