29 November 2011

macam-macam ubat!

salam sejahtera semua!..harini saya nk berceloteh, dalam minggu nie jer dah berapa kali saya pegi klinik n hospital...nie bukan merungut yer, cuma mahu berkongsi sahaja.....mungkin nie semua adalah sebab pembawakan budak org kata..tapi apa2 pun saya sgt bersyukur kerana bakal dikurniakan cahaya mata...alhamdulillah rezeki yg kau beri kepada ku ya allah!..

apa2 pun entri sayakali nie nk citer pasal ubat yg saya dapat kat doktor nie.,..byknye! semua ubat nie banyak yg besau2...sampai saya rs dlm 1 masa tersekat kat tekak nie ha wlaaupun tak makan lagi...tapi apa2 pun demi kesihatan yang tak berapa nk elok niedan anak didalam kandungan, aku kena gagahkan diri jugak untuk makan semua ubat2 nie walaupun aku tak mau.....cube korg tgok ubat-ubatan yg aku dapat dari ospital n klinik nie..huhuhu

ubat-ubatan yg perlu dimakan.....

p/s : kesabaran perlu ada untuk menghadapi kesakitan atau penyakit yg diberi....dugaan yg allah beri kepada kita ada sebabnye......

fizazen

26 November 2011

Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun

TAK TERLAMBAT UNTUK MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM 1433H KEPADA SEMUA UMAT ISLAM..

Doa Akhir Tahun. Dibaca 3 kali pada penghujung waktu Asar, sebelum masuk waktu Maghrib

Doa Awal Tahun. Dibaca sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib

24 November 2011

SAYA TIDAK HILANG DI STADIUM BUNG KARNO - AHMAD FIRDAUS ARHAM

Mesti ramai yang tertanya-tanya berkenaan budak yg bernama Ahmad Firdaus Arham yg dikatakan hilang menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea ke-26 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta. Sebenarnya die tak hilang..kalu nk tau lebih lanjut meh kita baca entry dibawah nie...

KUALA LUMPUR, 24 Nov : Berita mengenai Ahmad Firdaus Arham yang dikatakan hilang ketika menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea ke-26 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta yang tersebar di laman sosial 'Facebook' dan 'Twitter' semalam hanya merupakan salah faham.

Berita kehilangan Ahmad Firdaus, 26, hangat diperkatakan di laman sosial 'Facebook' dan 'Twitter' selepas Kedutaan Malaysia di Jakarta menerima beg dompetnya yang ditemui di dalam stadium ketika perlawanan akhir bola sepak antara Malaysia dan Indonesia, Isnin lalu.

"Saya agak terkejut dengan berita ini, sebabnya saya hanya dapat tahu melalui berita mengenai saya semalam.

"Orang sibuk bercerita dekat twitter dan facebook, mengenai saya hilang sedangkan saya Ahmad Firdaus Arham tidak hilang, hanya dompet yang hilang dan saya selamat sampai di Malaysia pagi semalam," katanya ketika dihubungi Bernama Radio 24 hari Khamis.

Beliau tidak mengetahui bagaimana dompetnya ditemui di dalam stadium berkenaan tetapi mengandaikan orang yang merompaknya kebetulan menyaksikan perlawanan itu.

Ahmad Firdaus yang juga pembantu kepada Ketua Pegawai Eksekutif Jamu Mak Dara berkata kejadian sebenar berlaku adalah pada malam Sabtu yang lepas.

"Ketika membeli-belah bersama wartawan hiburan di Mangga Dua, Jakarta, saya sedar ada seorang pemuda memerhatikan saya tetapi saya tidak mengambil peduli kemudian tiba-tiba saya lihat pemuda itu terus lari.

"Dan tidak perasan dompet saya telah pun dicuri, ketika hendak membeli makanan baru saya perasan dompet sudah hilang," katanya.

Beliau berkata selepas kejadian itu, beliau ada membuat laporan di pejabat pengawal keselamatan di pusat membeli-belah tersebut namun tidak mendapat sebarang maklum balas yang positif.

"Saya agak sedih dengan tindakan pengawal tersebut apabila memberitahu, saya masih mempunyai pasport dan tiket perjalanan pulang serta tidak perlu lagi membuat laporan berhubung kehilangan dompet itu.

"Saya difahamkan oleh pihak kedutaan jika mengalami masalah sebegini lagi, rakyat Malaysia sepatutnya terus melaporkan ke Kedutaan Malaysia di sana," katanya.

Beliau berkata pada malam ini, satu wawancara secara langsung mengenai perkara sebenar yang berlaku akan disiarkan di rancangan TV Trans1 Nasional Indonesia.


Harimau Muda Malaysia yang telah memenangi pingat EMAS Bola Sepak Sukan Sea ke-26 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta

sumber : BERNAMA

19 November 2011

Bahagian Tubuh Lelaki Yang Digilai Wanita

Dari mata jatuh ke hati, benarkah bentuk tubuh lelaki jado faktor wanita terpikat? Bahagian manakah dari tubuh pasangan yang paling anda suka?Jawapannya pasti berbeza mengikut pilihan individu....

mari kita baca entri kali ini...


BAHAGIAN TUBH LELAKI YANG DIGILAI WANITA.

PUNGGUNG

punggung menduduki peringkat pertama bahagian tubuh lelaki yang disukai oleh kaun hawa. ini menunjukan bahawa wanita tidak jauh berbeza daripada lelaki. Ada wanita menyukai punggung berbentuk setengah bulan manakala ada juga mengemari punggung berotot...

PERUT

Tidak menghairankan sebahagian besar wanita menyenangi perut lelaki yang rata dan ada yang mengemari perut berlemak. namun, ada juga wanita tidak menginginkn perut berotot tetapi perut yang rata lebih baik.

PANGKAL PAHA

Wanita yang memiliki pinggul lebih kecil tampak lebih baik. Wanita juga dikatakan suka dengan lelaki sedemikian.

TANGAN

Tangan dikatakan mampu menjelaskan perihal mengenai dirinya dan apa yang dipancarkan kepada dunia, semua dikatakan berasal daripada tangan.

BIBIR

Wanita menyenangi bibir yang penuh, namun tidaklah hanya untuk tarikan seksual semata-mata. namun, ada juga wanita suka bibir yang tebal dibahagian bawah.

OTOT LENGAN

Otot lengan yang sedikit tidak hanya mengambarkan kekuatan. Ia juga mencerminkan perwatakan yang baik. Seperti juga dada, wanita suka melihat otot biceps (bikuspid) ketika lelaki mengenakan kemeja-T.

DADA

Dada bidang dan berotot menjadi pilihan kebanyakan wanita yang meminati lelaki macho.


BAHU

Bahu juga tercatat sebagai bahagian tubuh lelaki yang disenangi. Wanita melihat bahagian tubuh itu sebagai simbol kekuatan dan kejantanan.

sumber diperolehi : Berita Harian (inspirasi lelaki oh lelaki).

fizazen

18 November 2011

Jaclyn, Ning Baizura & Shila - Beribu Sesalan


Lirik Jaclyn, Ning Baizura & Shila - Seribu Sesalan

[Shila]
Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang
Sunyi sepi
Juga rembulan
Dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri

[Ning]
Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu

[Jaclyn]
Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

[Ning]
Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi

[Shila]
Kisah janji dimungkiri lagi
Kekasihku di jalanan yang berliku

[Ning]
Di saat ku perlukanmu

[Jac]
Tertutup jua segalanya terhadapmu

[Ning]
Di sini ku tersedu-sedu

[Shila]
Setelah cinta pergi

[Jac]
Ku mengusung duka ini diiringi

[Ning]
Diiringi

[Shila]
Kisah janji

[Jac]
Dimungkiri

[Ning]
Dimungkiri

[Jac]
Sia-sia ku

[Ning]
Mencintaimu

[Shila]
Setia padamu

[Jac]
Percayakanmu

[Jac, Shila & Ning]
Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

[Jac]
Sia-sia ku

[Ning]
Mencintaimu

[Shila]
Setia padamu

[Jac]
Percayakanmu

[Jac, Shila & Ning]
Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Beribu sesalanku...

25 August 2011

CARA-CARA MEMBUAT BISKUT ARAB @ BISKUT SUJI

Semperna nak menyambut hari raya nie, mesti ramai yg tercari2 kat internet mcmaner nk wat kuih kn?so kat sini saya share lah ilmu kuih yg saya tau..jika anda nk tau cara-cara2 buat kuih yg len pun boleh..boleh lah inbox saya k..insyallah saya akan cuber membantu untuk dapatkan info-info..

BAHAN-BAHAN

1KG tepung gandum
250gm gula halus
500gm minyak sapi (brand Q.B.B)
pewarna : ikut selera masing2...tak letakkan pun boleh

CARANYA :

1. Gaulkan semua bahan sehinga sebati
2. bahagikan adunan kepada 3 warna dan masukkan warna yang berlainan untuk setiap bahagian
3. bentukkan adunan seperti bebola dan cantumkan warna yang telah dibahagiakan tadi
4. masukan dalam papercup dan bakar dalam 180'c selama 15-20 MINIT
5. Sejukkan dan tabur dengan gula halus diatasnya
6. Simpan dalam balang kedap udara

JENG..JENG..JENG....NIE LAH BISKUT ARAB @SUJI YANG DAH SIAP!
MEMANG SEDAP.!!! SO SELAMAT MENCUBER SEMUA!!!!

fizazen

hari raya, hari merdeka dan hari perkahwinan ku yang bakal tiba!!!!

ASSALAMUALAIKUM  SEMUA...

hari nie entry aku agak pelik cikit...gabungan 3 hari yang aku rs agak penting dalam hidup aku...untuk pengetahuan korang tinggal lagi beberapa hari jer lagi kt akan menyambut HARI RAYA AIDILFITRI, begitu jugak dengan sambutan HARI KEMERDEKAAN...alhamdulillah...akhirnya apa yang kita usahakan dalm sebulan (puasa) terlunas juga akhirnya yang ganjaran yang kt setmpal..dan apa yang kita perjuangkan selama 54 tahun akhirnya nie lah negara kita MALAYSIA!!!!!!!!!!!..

Bila cerita pasal RAYA, aku jadi excited...teringat masa aku dulu kecik2 beraya..hahahahhaa...g setiap umah n minta duit raya, dengan beg, kocek penuh duit raya...syiling lak 2..tapi zaman kanak2 paling best bg aku....biler dah besar nie dapat gak duit raya, yelah sebab aku nie tak kawin lagikan, so leh elr dapat..kuikuikui....(walaupun rm1 aku ambik jer..)..tahun nie raya agak seronok n best sebab aku akan beraya bersama KELUARGA DAN TUNANG AKU (AZIZUL KHUSAINI HASSAN)..alhamdulillah perhubungan yang singkat tak sangka leh sampai kehujungnya insyallah...

nie aku nak citer pasal MERDEKA pulak, aku mmg suker bab2 merdekA sebab jiwa aku jiwa patriotik!!!!..aku bersyukur sangat sebab dilahirkan di MALAYSIA TANAH TUMPAH DARAH KU...nie lah tempat aku dilahirkan MALAYSIA!!!marilah kita sama2 BERSATU untuk NEGARA kita, BUKAN untuk PARTI ataupun untuk DIRI sendiri....bersyukur lah negara kita tak mcam negara len.. nk ker org luar jajah negara kita, bom sana, bom sini? pikir-pikirkan lah semua ini....apa2 pun AKU TETAP ANAK MALAYSIA!!!

nie perihal pasal my WEDDING lak...huhuhu..agak sok mau cietr, tapi tak leh citer lebih2..mau hint sahaja yer..kekeke....tahun nie jugak akan aku tamatkan zaman bujang ku...maksudnya aku akan jadi isteri org, ehm,im so excited with that title..(WIFE)...aku berharap sangat apa yang aku impikan akan menjadi kenyataan..insyallah......

so sampai disini jelah celoteh aku yang sekali jalan jer..huhuhuhu..apa2 pun aku nk mengucapkan..

SELAMAT HARI RAYA AIDITFITRI
DAN
SELAMAT HARI MERDEKA.



17 May 2011

nasihat untuk para suami mithali...(hayatilah)

KALAU SUAMI

Kalau suami mula berahsia..
Itu tandanya dia tak setia

Kalau suami meninggi suara
Itu tandanya dia dah ada mak we

Kalau suami mengaku bujang tua
Itu tandanya dia nak ngurat anak dara

Kalau suami selera tak ada
Itu tandanya dia nak pasang dua

Kalau suami lambat balik aje
Itu tandanya dia dah syok kat deparment dia
tidur di ruang tamu
Itu tandanya dia dah jemu

Kalau suami malam jumaat buat tak tahu
Itu tandanya tak lama lagi hidupmu bermadu

Kalau suami garang macam singa
Itu tandanya hati dia dah tak cinta

Kalau suami asyik komplen aje
Itu tandanya dia dah tak suka

Kalau suami mula sepak terajang ke muka
Itu tandanya dia nak memberimu title JANDA..




JIKA SUAMI


Jika suami sayangkan isteri
Dapat gaji semua diberi

Jika suami sayangkan isteri
Kerja rumah rela dikongsi

Jika suami sayangkan isteri
Kereta diberi suami naik LRT

Jika suami sayangkan isteri
Duit poket diberi setiap hari

Jika suami sayangkan isteri
SMS dikirim tanda rindu dihati

Jika suami sayangkan isteri
Kongsi masalah nasihat dikasi

Jika suami sayangkan isteri
Diberi ciuman setiap pagi

Jika suami sayangkan isteri
I love U, I miss U katanya setiap hari

Jika suami sayangkan isteri
Isteri gemuk, dikatakan seksi

Jika suami sayangkan isteri
Sakit sikit selongkar laci ubat dicari

Jika suami sayangkan isteri
Kemana sahaja dibawa pergi

Jika suami sayangkan isteri
Sentiasa jujur perihal diri

Jika suami sayangkan isteri
Status berkahwin bangga sekali

Jika suami sayangkan isteri
Cintanya suci hingga ke mati



PESANAN KEPADA ISTERI2 :


Adakah suami2 kita tergolong dlm kategori JIKA SUAMI atau KALAU SUAMI ?
JIKA SUAMI .. lebih banyak dari KALAU SUAMI maka bersyukurlah kerana
rumahtangga anda umpama SYURGA.
TETAPI ….
KALAU SUAMI…. lebih banyak dari JIKA SUAMI… maka berhati-hatilah. …
wahai kaum isteri jangan sampai rumahtangga mu umpama NERAKA!!

PERINGATAN KEPADA SUAMI2 :


Bukankah lebih baik jadikan rumahtangga itu SYURGA dari menjadikan ia
NERAKA ?????
JANGAN ANDA MERASA MENYESAL KERANA MENCINTAI ISTERI..KERANA DIALAH
BIDADARIMU DI DUNIA INI..
DAN JANGANLAH ANDA SERONOK MENZALIMINYA KERANA DOA ORANG TERANIYA DITERIMA
OLEH TUHAN YG MAHA ESA….

p/s : nie adalah untuk penghayatan kita bersama.....dan panduan kita bersama....harap maaf jika ada sesiapa terasa....harap maklum....

peace!

Nur Kasih Movie


Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan

Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan

Nur kasih
Nur kasih

Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Melayarkan perjalanan
Dalam maya kesamaran

Nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Ooo kasih
Nur kasih
Oh nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana
Masih mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Nur nur ya nur kasih
Nur ya nur kasih
Nur nur kasih
Nur kasih



p/s : disebabkn skrg nie org tgah bercerita tentang MOVIE NUR KASIH nie so aku nk postkn sountrack NUr kasih...lagi pun mmg Best! lagu nie..Thumps UP!!!! SUARA TIZ N YASIN MMG SESUAI NYANYI LAGU MCM GINI,,,,,


PEACE!

24 April 2011

"LUAHAN HATI KU"

 السلام عليكم

Sesungguhnya aku rasa sangat-sangat bersyukur kepada mu YA ALLAH kerana beri aku peluang untuk mengecapi kebahagian di dunia ini....dengan dugaan yang kau berikan kepada ku dulu dapat ku tempuhi walaupun banyak dugaan yang pahit dari yang manis...sepanjang perjalanan hidup ku 26 tahun nie, banyak yg aku lalui..mgkn ini adalah balasan daripada kisah silam aku yang lepas..

keluarga yang banyak memberi dorongan dan kata-kata semangat untuk aku....

aku bukan lah manusia yang sempurna yang tidak pernah buat salah atau sentiasa sempurna dalam hidup....aku cuma inginkan kebahagian...memang perit dan penat untuk kita mencari kebahagian... kadang-kadang rs sampai putus asa untuk meneruskn hidup dan menerima seseorg dalm hidup kita...

Kawan-kawan ku yang banyak membantu aku..
bukan senang mencari cinta sejati atau org yg betul-betul sayang kan kita..mgkn ada yang betul-betul sayangkan kita, tapi die bukan untuk kita.....sebelum kita mendapat kebahagian, kita akan diuji dengan pelbagai dugaan..bukan senang untuk menggapai apa yang kita ingin kan..
sahabat-sahabat ku yg sangup bersusah payah mendengar masalah dan membantu aku..

sesungguhnya ALLAH  nak melihat betapa kuatnya kesabaran seseorg dalam menghadapi dugaan hidup....BERSABAR LAH WAHAI SAUDARA-SAUDARA KERANA SABAR ITU ADALAH SEPARUH DARI IMAN......  

kepada mereka yang pernah buat salah atau membuat hidup aku sedikit huru hara suatu ketika dulu, saya maafkan segala-galanya...saya juga MOHON MAAF jika saya ada wat kesilapan pada anda semua atau membuat sesiapa sahaja sakit hati...saya minta maaf sangat-sangat (0-0)...TIDAK SEMUA MANUSIA SEMPURNA DIDUNIA INI, JGN MENGHUKUM SESEORG KERANA KISAH SILAMNYA....
banyak memberi perangsang, sokong dan memberi semangat dlm idup aku,...

sekarang nie aku bersyukur pada mu YA ALLAH kerana pertemukan aku dengan AZIZUL KHUSAINI HASSAN yang sanggup terima kehadiran aku dalam hidupnya walaupun pada suatu ketika dulu aku hampir putus ada dalam hidup..dengan semangat dan sokong die lah aku leh terus mendapat kebahagian.....tak terkecuali jugak kepada KELUARGA  & KAWAN-KAWAN AKU yang banyak membantu aku untuk kembali happy dan ceria seperti sediakala..aku sangat sayang kepada mereka.....ALHAMDULILLAH.....TERIMA KASIH KEPADA MU YA ALLAH dan MEREKA-MEREKA DIATAS.......

peace

23 April 2011

KOPI tingkatkan Daya Ingatan?

Kopi sering sahaja dikaitkan dengan kandungan kafiena yang tinggi. Berdasarkan kajian yang dilakukan oelh penyelidik Perancis mendapati bahawa dengan meminum kopi tiga cawan setiap hari mampu meningkatkan daya ingatan terutamannya di kalangan wanita yang telah berusia.

Bagaimanapun, kajian ini turut dilakukan terhadap lelaki tetapi tidak menunjukkan sebarang hasil. menurut Journal Neurology mendapati dengan pengambilan tiga cawan kopi sehari mampu menambahkan daya ingatan wanita sebanyak 33 peratus dan menambahkan daya penglihatan wanita sebanyak 18 peratus. Maka jelaslah kopi lebih memberi manfaat kepada wanita...
so pasni aku kena minum kopi manyak2 lah jawabnye supaya aku tak rabun lagi..hehhee n daya ingatan aku makin tajam bak pisau Chef Azizul Khusaini Hassan.....

salam 1 malaysia....


sumber: Utusan Karya ( Keluarga Harmoni)

peace!

20 April 2011

Kris Dayanti PrEGnANT 4 bULan!!!

assalamualaikum!!

ruangkan entri aku kali nie pasal gossip( saja nk menyebok!)...aku pun tak tau lah apa keistimewaannye si kris dayanti nie..sejak dua menjak nie die nie asik wat kontrovesi jer...hadoi...tak payah lah susah2 wat kontrovesi yg leh jatuh kn maruah ko, wat malu kaum jer!!!..

meh dekat-dekat cikit aku nk citer gosip nie... rupanya2 nye kris dah mengandung 4 bOlan~! terkejot den,..padahal baru jer kawin!!!..lagi wat malu org islam!..nie kalu org kafir baca entah2 tergelak2 agaknye diorg ketawakan kt...ehm..nie lah satu kes yg tak pat kt nk elak kn mengenai artis....pas tu leh lak wat statment "Kehamilan ini sudah terjadi. Kalau apa yang diberikan Allah ini tidak saya akui, nanti timbul pula cerita yang tidak betul. Kononnya, saya gugurkan anak," katanya..... nie ayat nk tagih simpati ker or nak tunjuk baik? ehm..lantak ko lah..ko yg tanggung..apa2 pun aku sebenarya nk share citer pasal die..dah termengumpat lak...huhu..

harap-harap pasni die insaf lah yer...nie pedoman untuk diri aku n untuk korg semua...insyallah....

peace!

19 April 2011

No Idea!!

assalamualaikum semua!!

aku sebnrya tak der idea wat skrg nie nk update blog, tapi di sebabkn kegatalan di jari jemari ku nie nk menaip, aku turutkn lah jugak kehendak jari jemari ku ini..huhuhu...so SEKIAN SAHAJA ENTRI AKU KALI INI..terima kasih..HAHAHA


PEACE!

18 April 2011

ANDAI...

"Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya".


"Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu".


peace

17 April 2011

mereka mmg bersalah, tapi cuba maafkan mereka....

assalamualaikum w.b.t..

tajuk entri aku kali nie 'MEREKA MEMANG BERSALAH, TAPI CUBA MAAFKAN MEREKA"... knp tajuk aku len mcm jer?huhu..sbb aku nak cerita sikit perihal manusia yg memang tak leh terima mereka yg cube ingin berubah ke arah kebaikan...

mcm nie ceritanya...aku nie punyai seorg kawan, dulu mmg kisah silamnya teruk, tapi sekarg nie walaupun aku tak jumpa die aku tau die dh berubah...yg aku nie pulak yg suker jg tepi kain org nie sibuk2 lak nk tau hal die..so die pun suker lah citer kat aku pasal die....yg paling aku tak suker dengar masa die citer kat kau ialah die ckp ada kawan2 yg tak leh terima die (what te hell!!)..aku korek punya korek, tye punya tye saper (sibuk jer nk tau aku nie) akhirnya die bg tau jugak..aku rs macam nk bg penampow jer kat org 2!!! apa punya bangang kawan 2, walaupun tak rapat pun tak payah lah nk tunjuk yg ko 2 bagus sgt!..padahal kisah silam ko pun terOw!!!

so aku yg memang suker bg nasihat (yeyerler punya nasihat) menasihati beliau bahawa, abaikan ler org mcm 2, n ramai lagi boleh terima ko..so dont worry la!...so pasni pk diri sendiri, keluarga, kawan2..2 yg terbaek! bg aku kalu nak bercinta wat masa skrg untuk diri die mmg tak sesuai gitu, takut nnt kecawa lagi susah...so pengajarannya disini.....cuber lah terima mereka yg betul2 memerlukan pertolongan n sokongan kiter semua, lgi pun die bukan wat salah kat kita..die cumer bersalah terhadap diri die sendiri....insyallah kita pun akan mendapat balasan yg setimpal dgn apa yg kita wat, jika baik insyallah baik lah balsan yg kita dapat & jika buruk insyallah buruk jugak lah balasan yg kita akan dpt..so renung2 kn lah yer....

peace

16 April 2011

ok ker tak ek?

salam semua......korg cuber sikit bg pendapat tentang layout aku ne..dah nk hampir semingu aku try ubah..pening, tangan semua dah sakit2 nie..mata pn dh nek jibOl tgok templete2 yg sgt2 lah cantik..mslhnye die sini, aku ni men redah jer untuk upgrade blog aku nie..tanpa pengawasan n pembelajaran dari sesiapa pn..so sp yg terbaca blog sy ni leh tlg2 cikit komen, beri pendapat or ajar ker tlg lah yer sya yg abru nk bertatih nie mcm baby (padahal dah tua bangka..haha).. so apa2 pun korg tlg lah yer..

fezazen

11 April 2011

hidup...hidup...hidup....

salam semua....

HIDUP ini sebuah misteri dan penuh rahsia!

Pada umumnya, manusia tidak mengetahui tentang sesuatu, yang mereka ketahui hanyalah realiti yang nampak saja. Tidak ada seorang pun yang tahu berapa lama ia akan hidup, di mana ia akan mati, (Q.S 31: 34) dalam keadaan apa ia akan mati, dan dengan cara apa ia akan mati, sebahagian manusia menyangka bahwa hidup ini hanya sekali dan setelah itu mati ditelan bumi. Mereka meragukan dan tidak percaya bahwa mereka akan dibangkitkan kembali setelah mati (Q.S An-Naml: 67). apapun kepercayaan mengenai kehidupan setelah mati , pandangan mungkin sangat bergantung pada agama dan kepercayaan yang dipeluk dan diyakini oleh seseorg.


Islam menjelaskan makna hidup yang hakiki melalui perbandingan dua ayat yang sangat kontras, seperti dicontohkan di dalam Al-quran. Seorang yang telah mati menurut mata lahir kita, bahkan telah terkubur ribuan tahun, jasadnya telah habis dimakan cacing dan belatung lalu kembali menjadi tanah, namanya sudah hampir dilupakan orang. Tetapi yang mengherankan, Allah SWT memandangnya masih hidup dan mendapat rezeki di sisi-Nya serta melarang kepada kita menyebut mati kepada orang tersebut.

Hal ini dapat kita lihat dalam (Q.S 3: 169).
"Janganlah kalian menyangka orang-orang yang gugur di jalan Allah itu telah mati, bahkan mereka itu hidup dan mendapat rezeki di sisi Allah." Sebaliknya ada orang yang masih hidup menurut mata lahir kita, masih segar-bugar, masih bernapas, jantungnya masih berdetak, darahnya masih mengalir, matanya masih berkedip, tetapi justeru Allah menganggapnya tidak ada dan telah mati, seperti disebutkan dalam firmannya "Tidak sama orang yang hidup dengan orang yang sudah mati. Sesungguhnya Allah SWT mendengar orang yang dikehendaki-Nya, sedangkan kamu tidak bisa menjadikan orang-orang yang di dalam kubur bisa mendengar," (QS Al-Fathir 22). Maksud ayat ini menjelaskan Nabi Muhammad tidak bisa memberi petunjuk kepada orang-orang musyrikin yang telah mati hatinya.


p/s : Marilah Kt Renung2kn..peringatan untuk diri saya dan org sekeliling yg saya sayangi termasuk yg membaca entri ini..

sumber : Marhaban Ya Ramadhan (facebook)

by :fezazen

04 April 2011

WHAT HAVE YOU DONE FOR YOUR HEALTH TODAY?






assalamualaikum!!!




kita sebagai manusia perlu bersyukur dgn setiap apa yg kita di dunia ini..anggota badan adalah salah satu yg dikurniakn oleh Allah S.W.T kepada kt semua dimuka bumi ini. sebagai manusia yg bertanggungjawab kt eprlulah menjaganye dgn sempurna walaupun ada diantara kt tidak cukup sifatnye..so harini saya akan citer cikit lah mengenai kesihatan, but in english lah..huhuhu.. nie pun dpt dari flyers yg aku kutip..huhu..bg saya kesihatan sgt2 penting n perlu di ambil berat..so saya share disini untuk anda semua...!!!




GREAT HEALTH STARTS WITH YOU!


MAKE THE CHANGE TODAY!





HEALTHY DIET

Ear 6 smaller meals instead daily which includes 5 serving of vegtables and fruits.




STAY ACTIVE

Get a least 20 - 30 minutes daily help will improve blood flow to your brain, increasing one's daily energy supply.




LOAD UP WITH WATER


Drink at least 8 - 10 glasses of water daily for a longer, healthier, and more vigorous life.


GOOD NIGHT'S SLEEP


Have at least 6 - 8 hours of sleeps so that you are able ti work productively

LAUGH, SMILE BE HAPPY



rest and relax, enjoy and have fun, forgive yourself and let go, a long way to ensure that you're happier and healthier.


by : fezazen

31 March 2011

KISAH BENAR DISEBALIK APRIL FOOL's DAY

Assalamualaikum w.b.t.

wah rasanya lama gak aku tak update blog nie..kali nie aku nk cerita cikit pasal April Fool's Day aku dpt kisah-kisah nie pun dlm blog-blog diorg nie....aku rs ramai yg dah tau rsnye pasal kisah nie, tapi aku still share semua utk semua umat islam kat dunia nie...sebelum 2 korg bc lah citer pasal april fool yg aku dpt dr slah seorg mmbr blog aku..kisah yg betul2 berlaku...


Ikutilah cerita sedih disebalik April Fool’s Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1 hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya ‘pandang ke barat’ menjadi begitu sibuk sekali. Kepala mereka penuh dengan senarai mangsa-mangsa untuk dipermain-mainkan.

Bahkan sewaktu memandu atau sedang makan pun kepala mereka ligat berputar merangka-rangka rancangan ‘penganiayaan’ ini. Yang penting mereka ingin puas melihat muka mangsa-mangsa gurauan April Fool mereka merah padam kerana dipermain-mainkan. Bagaimanapun, tanpa mereka sedari, kadang kala lawak-lawak biasa atau ‘practical jokes’ yang dilakukan boleh mencetuskan pergaduhan dan penyesalan yang berpanjangan.

Sewaktu zaman persekolahan dahulu, penulis pernah terbaca tentang suatu tragedy yang berlaku pada 1 hb April ini. Seorang suami yang jahil tentang agama, telah mengucapkan, ‘Aku ceraikan kau dengan talak 3’ pada isterinya dengan niat untuk melawak.
Isterinya yang pada mulanya terping-pinga terus meraung apabila si suami dengan muka selamba kemudiannya mengucapkan ‘April Fool!!’. Selepas itu, giliran si suami pula untuk meraung apabila diberitahu talak yang dilafazkan telah pun jatuh!!!

DISEBALIK APRIL FOOL'S DAY

Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat'.

Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri.

Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol. Penduduk-pen
duduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan.

Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang
dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini
. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil.

Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai
peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.


P/S : KESAHIHAN CERITA NI TIDAK DPT DIKENAL PASTI, SY CUM
ER SHARE UNTUK MEMBERI PERINGATAN KEPADA KT SEMUA..INSYALLAH



FEZAZEN
(",) peace