21 December 2012

KEBAIKAN SUSU IBU

assalamualaikum w.b.t

alhamdulillah arini saya nk share bersama2 semua berkenaan KEBAIKAN SUSU IBU...susu ibu nie bagus untuk bayi kita... dalam al-quran sendiri ada menceritakan berkenaan susu ibu seperti berikut :-

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan” (Surah Al-Baqarah : ayat 233)

Begitu juga dalam ayat lain, Allah SWT telah memberitahu:

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman: ayat 14).


jgn kita risau biler bagi susu ibu nnt tidak mendapat breast yg montok sepeRti sebelumnya. pikirlah untuk bayi kita, insyallah kita akn mendapat balasannye kelak..byk ibu2 sekrg yg tidak mahu bg bayi mereka susu badan kerana ingin mengekalkan bentuk badan yg sedia ada... disini saya ingin menceritakan khasiat susu ibu untuk bayi dan anak seperti dibawah :-

UNTUK BAYI
  • Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda.
    Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.
    Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar
  • Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi anda.
    Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
  • Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi
  • Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda.
  • Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
  • Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia Tidak susah untuk disediakan.
  • Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
  • Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak. 
  • Susu ibu mempunyai kesan yang sangat baik pada perkembangan mental jika diukur mengikut ‘Index Perkembangan Mental’ pada umur enam dan dua belas bulan.
  • Susu ibu mempunyai skor yang tinggi pada ujian kemahiran pergerakan (psychomotor) pada umur enam bulan berbanding dengan susu formula.
  • Bayi yang disusukan ibu mempunyai skor penguasaan bahasa yang lebih tinggi pada umur tiga dan enam bulan.
UNTUK IBU
  • membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
  • membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.
  • mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
  • menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya 
LAIN-LAIN KEBAIKAN

  • Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada.
  • Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak.

SELAIN ITU, KALaU INGINKAN ANAK YG MONTOK N GEBU MCM ANAK SAYA DIBAWAH NIE, BG LAH SUSU IBU SEPENUHNYE..INSYALLAH ANAK KITA SIHAT DAN DIJAUHI DARI PENYAKIT ...AMIN..AMIN...AMIN 

fezazen




No comments: