02 July 2010

CARA-CARA MEMBUAT MURTABAK

kenaper kah, mengaper kah n bagaimanakah aku leh tetiber nak tulis dlm blog aku nie cara2 nak wat murtabak?huhuhu...ada cerita disebalik murtabak nie....so aper2 pun aku akan cube wat murtabak biler balik mlk nie....hehehee

so nie ler cara-cara nak wat murtabak..nie sume aku search kat tenet jer..so saper2 yg rs nak wat murtabak 2 leh ler k ambik resepi nie k..


Bahan - Bahan

Bahan Inti : - (inti ini sesuai juga untuk karipap atau popia )
Daging ayam / lembu (direbus dan dipotong halus)
I peket perencah nasi goreng Adabi
Sebiji bawang besar
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Lada hitam(ditumbuk) - terpulang pada citarasa anda kalau nak pedas letak
banyak sikit
Daun bawang
Daun sup
sebiji telur
Serbuk lada sulah (jika suka )
Cili merah
Minyak masak


Bahan Doh

Tepung gandum
Marjerin
Secubit garam
Sebiji telur


Cara - cara membuat inti

Panaskan minyak tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga berwarna keemasan dan naik bau.Masukkan perencah nasi goreng Adabi , sedikit rebusan air daging beserta daging ayam / daging . Goreng sebentar. Masukkan lada hitam , garam(selalunya saya tak letak garam sebab perencah nasi tu dah secukup rasa ),daun bawang , daun sup, cili merah, pecahkan telur ke dalam bahan yang digoreng. akhir sekali masukkan bawang besar.



Cara - cara membuat doh

Masukkan tepung, sedikit bancuhan air garam, marjerin dan sebijitelur...Uli sehingga lembut....bentukkan bulatan doh kecil-kecil dan bahagikan kepada dua atau tiga bahagian.... renjiskan dgn minyak masak...tutup dengan tudung periuk...biarkan lima hingga enam jam...



Cara - cara membuat murtabak ; -

Setelah adunan menjadi lembut....canai dan tebarkan.... masukkan inti murtabak. Goreng dengan api perlahan sehingga kulit murtabak kelihatan kberwarna keemasan ....



p/s : Sukatan itu terpulang pada anda kerana saya tidak memakai sukatan hanya mengagak....
Assalamualaikum sume....wah hari nie hidup penuh dgn kesyukuran yang kiter masih lg die muka bumi nye ini...ehmm.hari nie aku nak membebel pasal aper yg akan berlaku hari nie n esok...

hari nie seperti biase pergi kerja n wat kerja yg semakin byk nie....huhuhu....lepas jer aku balik keje nie, aku telah di jemput bersama2 dgn housemate aku sume untuk bertandang ke rumah kak mimi..saper kah kak mimi 2?aku pun tak kenal die sebnrnye..hahaha...die merupakan kawan sekerja housemate aku sume..hehe...aku pun tak tau mcm aner ler aku leh di jemput untuk kenduri kat umah die..tapi aper2 pun tq ler kak mimi sbb jemput sy nie (kenal pun tak).....

pas abis jer kenduri kat umah kak mini, mgkn kami akan tidur di umah kak jijah di cheras..n malam nye mgkn kami sume akan merayau di downtown cheras..(abis duit aku)...yahooo....dah lamer tak g saner...ehm...last g pun tahun nie jgk..tapi awal tahun lah...... so ari ahadnye kami sume akan g bermandi manda di......sg congkak.........bestnye!!!!!.....asik berjalan je keje aku nie...hai....tak sabar nie....hari2 yg penuh dgn aktiviti di dunia jer...so kt jgn luper jugak k wat aktiviti2 untuk di akhirat k...samer2 lah kt mengimbanginye..

ok lah..aku pun byk keje nak wat nie..nnt abis jer balik aku akn update lg blog nie untuk tatapan kamu sume k........muahhhhhhhhhhh.......bye...wasalamm

01 July 2010

mornik sume...wah..harini pagi2 aku dah nak membebel kat blog aku nie...sejak dua menjak nie bkn men rajin aku nak update blog nie...huhu..sebab ape ek?(rahsia)...huahuhuhaua...so hari nie aku nak berkongsi dgn korg sume 1 benda yg aku rs mcm kelakau jer..hahaha....sampai sekarg nie teringt lagi..hahaa...

al kisah tersebut lah kisah, pada hari khamis yg mulia n yg diberkati..lepas jer aku balik kerja aku n shimah telah g ke pasar malam yg berdekatan dengan umah aku di seksyen 7 bangi, selangor..dah absi puas kami berjalan2 sambil n membelik2 ler kain tudung n tgok2 mknan aper ler yg sodap nam di makan..huahau...semlm aku juz beli nasi ayam (rsnye kurang enak) n air soya (boleh thn lh) kat pasar mlm 2... lapo lah pulak citer pasal makanan pagi2 nie...

gambar hiasan 1 semata2

gambar hiasan 2 semata2

sebelum aku nak beli nasi ayam nie,syimah singgah ler nak beli murtabak kat abg ensem nie haha...die beli sbnrnya nak tgok abg 2 jer hahhaa....aku pun rs mcm dah ler nak terlentuk gak ler tgok abg 2...maner taknye muker penuh dgn keimanan n dilimpahi dgn cahaya nur 2 siap berkopiah lagi...huuhuuhhu....(bangga kalu abg 2 baca blog aku nie)..hahahaa...yg aku tak thn nak gelak nie....ayah die tegur n cakap dgn aku.. "tak nak masuk gadis melayu ker?" ,aku yg tak beraper nak dengar aper pakcik 2 ckp, aku suh die repet balik ler...aik...hahahhaa..aku pun jawab ler pertanyaan pak cik 2..."layak ker pakcik?"...hahahhaaa.....dgn muker yg alah2 malu n bangga cikit 2 aku n shima belah dari kedai pakcik 2..hahahhaaaaa...

gambar perhiasan 3 semata2

sepanjang perjalanan nak balik ker keter aku pun ckp ler kat shima,shima nie kalu die tau kiter kat umah mcm maner reject nak masuk gadis melayu..ahahahahaaaaa......dlm kete aku asik teringat jer sampaiternyiang2 kat telinga aku nie aper pakcik 2 ckp..aper2 pun terima kasih jerlah yer pakcik..hehehe....sy nei tak cukup syarat n layak lg nak masuk benda2 mcm 2.hehehe..

sy doakan ler perniagaan pakcik maju n semakin berkembang k...aper2 pun.murtabak pakcik 2 memang sedap..bdk2 umah aku sume dah giler n gian dah dgn murtabak pakcik 2..apa2 pun......senyum selalu k :)

30 June 2010

PETUA UNTUK MENDAPAT PASANGAN

Renungan bersama - Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah -

1.Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan
bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti �magnet� yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5.Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8.Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10.Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata
secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12.Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan
hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara
berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan
hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu
menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16.Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada
minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19.Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

ehm.......

RAHSIA WANITA


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada difikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja

6. Jika kamu menyukai seseorang wanita, mulakan lah dengan persahabatan. kemudian biarkan dia mengenali kamu dengan lebih mendalam.

7. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood seseorg wanita.

8. Jangan sesekali memberitahu perempuan yang mereka langsung tak berguna.

9. sekuntum senyuman memberi 1000 erti bagi wanita. jadi jangan senyum sebarangan.



psst...sajer jer nak kongsi dengan kamu semua..hehee...tapi nie khas untuk lelaki k..hehee


29 June 2010

MENGELAKKAN KERJA TERTANGGUH


Didlm dunia tak semua org sempurna, contohnya sy nie..sy pun tak lah sesempurna mana dlm menyelesaikan kerja atau aper sahaja.. so sy adalah slh seorg yg suke menangguhkan kerja n wat kerja last2 minute..hehe....Kdg2 benda nie terjadi disbbkn oleh diri kiter sendiri, wat keje sambil lewa, malas, penurusan masa n diri yg tak betul 2 sume faktor yg membuatkan kerja kiter tertangguh..so sini sy nk bagi lah perancangan untuk mengelakkan dari kerja tertangguh kepada anda semua termasuklah diri saya sendiri...
PERANCANGAN
1. Melakukan tugasan seperti mencatat dalam diari atau digital organizer, memakai palmtop, memasukkan maklumat kerja di dalam telefon atau menulisnya di kalendar meja dengan memasukkan maklumat bila tugasan tersebut perlu disiapkan.

2. Mengenal pasti tugasan mana yang lebih penting untuk mencapai matlamat sesuatu program atau aktiviti. Ia boleh dilakukan dengan menulis kelebihan dan kekurangan kenapa pekerja harus atau tidak melakukan kerja yang disenaraikan terlebih dahulu.

3. Menetapkan masa untuk menyiapkan tugasan setiap hari. Kiter mesti mengenal pasti berapa lama masa yang akan diambil untuk menyiapkan tugasan pada hari itu dan berapa lama masa rehat yang mereka akan ambil.


4. Memastikan semua benda tersusun. Setiap pekerja haruslah memastikan semua benda di atas meja dan kawasan kerja mereka tersusun supaya memudahkan mereka untuk mencari dokumen dan ia akan menjimatkan masa.

5. Menghadapi segala gangguan dengan berkesan. kiter hendaklah menetapkan masa bila mereka ingin melakukan sesuatu tugasan penting tanpa diganggu oleh keadaan sekeliling.

nie jer lah perancangan yg sy dpt kongsikan bersama. insya-Allah, jika disertai nawaitu atau niat yang ikhlas dan menjalankan tugas adalah sebagai fardu kifayah, kita akan diganjari pahala di dunia dan akhirat.Hidup kita akan bertambah barakah dan seterusnya organisasi serta agama kita akan maju atau berjaya menggapai mercu keterbilangan sewajarnya. apa2 pun never forget to smile!!!!


28 June 2010

SENI CINTA SEJATI

Ramai orang percaya bahawa cinta tiada diikat oleh seni. Malah ada pujangga yang berkata bahawa cinta lebih tinggi dari segala peraturan. Pada hakikatnya cinta ada seninya untuk membezakannya dari yang lain. Jika tinggi seni cinta itu, dan dipraktikkan seni itu, maka tinggilah nilai cinta itu. Sesungguhnya nilai estetika cinta tidak boleh dipisahkan dari nilai etikanya. Jika dipisahkan, maka cinta itu akan jadi tempang dan buta. Berikut adalah Seni Cinta Sejati untuk anda praktikkan :-

Seni Berfikir

* Cinta Sejati itu tidak buta. Cinta itu dikurniakan kepada makhluk yang berakal. Kerana cinta memerlukan akal bagi menilainya dari sudut mutu etikanya.

* Cinta itu bukanlah segala-galanya. Walaupun ia penting dalam hidup, iman yang lebih penting dari cinta. Dengan adanya iman, barulah anda boleh mencintai dengan Cinta Sejati. Cinta juga perlu kpd akal kerana cinta tergolong kepada hal nafsu.

* Cinta perlu kepada pedoman atau peraturan. Tanpa pedoman, cinta akan buta dan meraba-raba. Cinta Sejati tidak pernah menolak pedoman dan tidak lupa pada pedoman hidup, iaitu ISLAM.

* Cinta itu amanah. Ia bukan hak anda. Sebagaimana halnya dengan diri anda, cinta juga adalah amanah. Tidak wajar untuk anda jadikan amanah untuk memusnahkan atau memungkiri amanah yang lain.

* Cinta Sejati itu sifatnya total. Ertinya walaupun anda cinta kepada kekasih anda, ia hanya sebahagian dari cinta yang menyeluruh. Cinta Sejati itu adalah cinta kepada Pencipta anda, cinta pada diri anda, cinta kepada ibubapa anda, cinta kepada masyarakat anda, cinta kepada agama anda, dan dalam masa yang sama cinta kepada kekasih anda. Kerana sifatnya total dan menyeluruh, maka Cinta Sejati akan menjadi adil. Ia meletakkan cinta pada yang berhak untuk dicintai dan setakat mana patut dicintai. Ia tidak melebihkan cinta kepada kekasih saja hinggakan lupa pada cinta yang lain.

* Cinta Sejati tidak perlu disebut. Ia khas untuk anda. Ia bukan hak orang lain. Jika anda beri Cinta Sejati, ia tidak semestinya dibalas oleh orang yang anda beri. Tapi anda tidak akan kecewa bila cinta tidak berbalas kerana anda tahu anda bercinta di bawah naungan Pencipta, yang tentu membalas kebaikan terhadap cinta anda yang putih bersih.

Seni Merasa

* Cinta yang anda nikmati sedikit demi sedikit berkat kesabaran itulah yang lebih membahagiakan anda. Anda tidak perlu gelojoh dalam cinta. Ini kerana jika anda gelojoh, anda mungkin seronok sebentar saja tapi merana sepanjang hayat.

* Merasa Cinta Sejati terhadap kekasih ialah mentakrif nikmat peringkat kedua, yang sederhana sifatnya, tidak melampau-lampau. Anda tidak terlalu terbawa-bawa oleh perasaan bila cinta anda sejati. Anda masih boleh membuat pertimbangan yang wajar.

* Jika kecewa bercinta, jangan hingga berputus asa, kerana rahmat Pencipta masih dikurniakan untuk anda. Cubalah rasai betapa beruntungnya anda mengecapi nikmatNya yang lain, dan bersyukurlah kepadaNya.

Seni Bertindak
* Jangan mendahului ketentuan. Anda perlu banyak bersabar dalam bercinta. Bila sampai masanya anda akan dihalalkan untuk membuktikan cinta, barulah anda membuktikannya itulah Cinta Sejati.

* Jikalau anda bercinta sebelum berkahwin, layanilah sekadar saja. Yang penting ialah menikahi kekasih anda, itulah ertinya menerima cintanya, kerana nikah adalah ikatan cinta.

* Andai kata anda bercinta sebelum berkahwin dan kekasih anda mahu merosakkan kehormatan anda, jauhilah dia dan jangan rasa kesal akibat kehilangannya. Mudah- mudahan anda akan mendapat kekasih yang jauh lebih memahami Cinta Sejati dan tulus dalam cintanya terhadap anda.

* Manifestasikan cinta anda hanyalah setelah bernikah. Berdoalah agar cinta itu diberkatiNya dan sentiasa mendapat rahmatNya. Pohonlah kepadaNya agar dikurniakan kepada anda nikmat Cinta Sejati yang tiada taranya.

Cinta Sejati atau Cinta Suci itu tidak buta. Cinta ini celik dan kecelikan cinta itu dapat mencelikkan pula yang lain. Cinta Sejati tidak buta dan tidak wajar dikatakan buta. Cinta yang buta ialah cinta yang bernoda. Cinta yang buta itu segalanya buta. Buta tentang cara dan peraturan cinta, buta tentang tanggungjawap cinta, buta tentang hikmah cinta, malah buta tentang hakikat diri. Cinta yang buta itu cacat, kerana ia buta. Sayangnya ramai yang suka kepada cinta buta, membiarkan dirinya hanyut dibawa arus geloranya, tersadai di celah akar pohon kecewa, lalu berkata,'Cinta Itu Buta' Cinta Sejati bukan seperti cinta Laila dan Majnun atau Romeo dan Juliet. Cinta Suci adalah seperti cinta Rasulullah dan Khadijah, atau Saidina Ali dan Fatimah.

hujung mgu yang penuh dgn aktiviti...SERONOK!!!!!!!!

mgu nie seronok sgt sbb aku dpt balik kg....best giler........

jumaat..

balik jer dari keje aku ambik leza terus balik melaka..perjalanan tak lah jauh sgt 1jam jer aku dah sampai melaka tercinta...sampai2 jer kat umah g belakang umah petik rambutan..hahaha..rindu nak mkn ler katakan maser 2..hahaha...rambutan oh rambutan....yang ada kat umah masa 2 bapak aku, mak aku yg baru balik keje dari putrajaya, abg aku n adik aku...malam 2 aku ada kenduri member aku nikah...huhuhuu..penuh dgn aktiviti..so mls nak citer aper aktiviti mlm 2..tgok jelah gmbor k..
majlis akad nikah di rumah suriyah kampung bachang, melaka

penyerahan mas kahwin

hantaran belah lelaki


hantaran belah perempuan


suriyah hassan tahniah!!!selamat menjalani kehidupan baru sebagai isteri...


sabtu...

pagi2 seawal 7.15pg(awal ker) aku dh bgun tlg ayah aku kat kedai makan die..ramai gak..ehm,biase lah org abru dpt gaji lah katakan....so rezeki hari sabtu alhamdulillah...abis tlg ayah aku kat kedai aku balik umah siap2 nak g kenduri kawin mmber aku yg aku kenal dari sekolah tadika lagi..huhuhu...tahniah beb...sbb kawin dulu..hehehe..so semalam majlis akad nikah,so hari nie majlis persandingan...huhuhu...penat gak ler aku ms nie,maner taknye balik tlg ayah aku kat kedai terus balik n bersiap untuk kemajlis perkahwinan beliau....agak lambat jugak aku dtg umah die kerana menyelesaikan benda perlu aku selesaikan...aper2 pun suriyah n zakuan,tahniah diatas perkahwinan anda..semoga bahagia hingga ke anak cucu n selamat menempuhi kehidupan sebagai suami isteri..