31 March 2011

KISAH BENAR DISEBALIK APRIL FOOL's DAY

Assalamualaikum w.b.t.

wah rasanya lama gak aku tak update blog nie..kali nie aku nk cerita cikit pasal April Fool's Day aku dpt kisah-kisah nie pun dlm blog-blog diorg nie....aku rs ramai yg dah tau rsnye pasal kisah nie, tapi aku still share semua utk semua umat islam kat dunia nie...sebelum 2 korg bc lah citer pasal april fool yg aku dpt dr slah seorg mmbr blog aku..kisah yg betul2 berlaku...


Ikutilah cerita sedih disebalik April Fool’s Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1 hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya ‘pandang ke barat’ menjadi begitu sibuk sekali. Kepala mereka penuh dengan senarai mangsa-mangsa untuk dipermain-mainkan.

Bahkan sewaktu memandu atau sedang makan pun kepala mereka ligat berputar merangka-rangka rancangan ‘penganiayaan’ ini. Yang penting mereka ingin puas melihat muka mangsa-mangsa gurauan April Fool mereka merah padam kerana dipermain-mainkan. Bagaimanapun, tanpa mereka sedari, kadang kala lawak-lawak biasa atau ‘practical jokes’ yang dilakukan boleh mencetuskan pergaduhan dan penyesalan yang berpanjangan.

Sewaktu zaman persekolahan dahulu, penulis pernah terbaca tentang suatu tragedy yang berlaku pada 1 hb April ini. Seorang suami yang jahil tentang agama, telah mengucapkan, ‘Aku ceraikan kau dengan talak 3’ pada isterinya dengan niat untuk melawak.
Isterinya yang pada mulanya terping-pinga terus meraung apabila si suami dengan muka selamba kemudiannya mengucapkan ‘April Fool!!’. Selepas itu, giliran si suami pula untuk meraung apabila diberitahu talak yang dilafazkan telah pun jatuh!!!

DISEBALIK APRIL FOOL'S DAY

Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat'.

Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri.

Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol. Penduduk-pen
duduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan.

Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang
dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini
. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil.

Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai
peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.


P/S : KESAHIHAN CERITA NI TIDAK DPT DIKENAL PASTI, SY CUM
ER SHARE UNTUK MEMBERI PERINGATAN KEPADA KT SEMUA..INSYALLAH



FEZAZEN
(",) peace