24 April 2011

"LUAHAN HATI KU"

 السلام عليكم

Sesungguhnya aku rasa sangat-sangat bersyukur kepada mu YA ALLAH kerana beri aku peluang untuk mengecapi kebahagian di dunia ini....dengan dugaan yang kau berikan kepada ku dulu dapat ku tempuhi walaupun banyak dugaan yang pahit dari yang manis...sepanjang perjalanan hidup ku 26 tahun nie, banyak yg aku lalui..mgkn ini adalah balasan daripada kisah silam aku yang lepas..

keluarga yang banyak memberi dorongan dan kata-kata semangat untuk aku....

aku bukan lah manusia yang sempurna yang tidak pernah buat salah atau sentiasa sempurna dalam hidup....aku cuma inginkan kebahagian...memang perit dan penat untuk kita mencari kebahagian... kadang-kadang rs sampai putus asa untuk meneruskn hidup dan menerima seseorg dalm hidup kita...

Kawan-kawan ku yang banyak membantu aku..
bukan senang mencari cinta sejati atau org yg betul-betul sayang kan kita..mgkn ada yang betul-betul sayangkan kita, tapi die bukan untuk kita.....sebelum kita mendapat kebahagian, kita akan diuji dengan pelbagai dugaan..bukan senang untuk menggapai apa yang kita ingin kan..
sahabat-sahabat ku yg sangup bersusah payah mendengar masalah dan membantu aku..

sesungguhnya ALLAH  nak melihat betapa kuatnya kesabaran seseorg dalam menghadapi dugaan hidup....BERSABAR LAH WAHAI SAUDARA-SAUDARA KERANA SABAR ITU ADALAH SEPARUH DARI IMAN......  

kepada mereka yang pernah buat salah atau membuat hidup aku sedikit huru hara suatu ketika dulu, saya maafkan segala-galanya...saya juga MOHON MAAF jika saya ada wat kesilapan pada anda semua atau membuat sesiapa sahaja sakit hati...saya minta maaf sangat-sangat (0-0)...TIDAK SEMUA MANUSIA SEMPURNA DIDUNIA INI, JGN MENGHUKUM SESEORG KERANA KISAH SILAMNYA....
banyak memberi perangsang, sokong dan memberi semangat dlm idup aku,...

sekarang nie aku bersyukur pada mu YA ALLAH kerana pertemukan aku dengan AZIZUL KHUSAINI HASSAN yang sanggup terima kehadiran aku dalam hidupnya walaupun pada suatu ketika dulu aku hampir putus ada dalam hidup..dengan semangat dan sokong die lah aku leh terus mendapat kebahagian.....tak terkecuali jugak kepada KELUARGA  & KAWAN-KAWAN AKU yang banyak membantu aku untuk kembali happy dan ceria seperti sediakala..aku sangat sayang kepada mereka.....ALHAMDULILLAH.....TERIMA KASIH KEPADA MU YA ALLAH dan MEREKA-MEREKA DIATAS.......

peace

23 April 2011

KOPI tingkatkan Daya Ingatan?

Kopi sering sahaja dikaitkan dengan kandungan kafiena yang tinggi. Berdasarkan kajian yang dilakukan oelh penyelidik Perancis mendapati bahawa dengan meminum kopi tiga cawan setiap hari mampu meningkatkan daya ingatan terutamannya di kalangan wanita yang telah berusia.

Bagaimanapun, kajian ini turut dilakukan terhadap lelaki tetapi tidak menunjukkan sebarang hasil. menurut Journal Neurology mendapati dengan pengambilan tiga cawan kopi sehari mampu menambahkan daya ingatan wanita sebanyak 33 peratus dan menambahkan daya penglihatan wanita sebanyak 18 peratus. Maka jelaslah kopi lebih memberi manfaat kepada wanita...
so pasni aku kena minum kopi manyak2 lah jawabnye supaya aku tak rabun lagi..hehhee n daya ingatan aku makin tajam bak pisau Chef Azizul Khusaini Hassan.....

salam 1 malaysia....


sumber: Utusan Karya ( Keluarga Harmoni)

peace!

20 April 2011

Kris Dayanti PrEGnANT 4 bULan!!!

assalamualaikum!!

ruangkan entri aku kali nie pasal gossip( saja nk menyebok!)...aku pun tak tau lah apa keistimewaannye si kris dayanti nie..sejak dua menjak nie die nie asik wat kontrovesi jer...hadoi...tak payah lah susah2 wat kontrovesi yg leh jatuh kn maruah ko, wat malu kaum jer!!!..

meh dekat-dekat cikit aku nk citer gosip nie... rupanya2 nye kris dah mengandung 4 bOlan~! terkejot den,..padahal baru jer kawin!!!..lagi wat malu org islam!..nie kalu org kafir baca entah2 tergelak2 agaknye diorg ketawakan kt...ehm..nie lah satu kes yg tak pat kt nk elak kn mengenai artis....pas tu leh lak wat statment "Kehamilan ini sudah terjadi. Kalau apa yang diberikan Allah ini tidak saya akui, nanti timbul pula cerita yang tidak betul. Kononnya, saya gugurkan anak," katanya..... nie ayat nk tagih simpati ker or nak tunjuk baik? ehm..lantak ko lah..ko yg tanggung..apa2 pun aku sebenarya nk share citer pasal die..dah termengumpat lak...huhu..

harap-harap pasni die insaf lah yer...nie pedoman untuk diri aku n untuk korg semua...insyallah....

peace!

19 April 2011

No Idea!!

assalamualaikum semua!!

aku sebnrya tak der idea wat skrg nie nk update blog, tapi di sebabkn kegatalan di jari jemari ku nie nk menaip, aku turutkn lah jugak kehendak jari jemari ku ini..huhuhu...so SEKIAN SAHAJA ENTRI AKU KALI INI..terima kasih..HAHAHA


PEACE!

18 April 2011

ANDAI...

"Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya".


"Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu".


peace

17 April 2011

mereka mmg bersalah, tapi cuba maafkan mereka....

assalamualaikum w.b.t..

tajuk entri aku kali nie 'MEREKA MEMANG BERSALAH, TAPI CUBA MAAFKAN MEREKA"... knp tajuk aku len mcm jer?huhu..sbb aku nak cerita sikit perihal manusia yg memang tak leh terima mereka yg cube ingin berubah ke arah kebaikan...

mcm nie ceritanya...aku nie punyai seorg kawan, dulu mmg kisah silamnya teruk, tapi sekarg nie walaupun aku tak jumpa die aku tau die dh berubah...yg aku nie pulak yg suker jg tepi kain org nie sibuk2 lak nk tau hal die..so die pun suker lah citer kat aku pasal die....yg paling aku tak suker dengar masa die citer kat kau ialah die ckp ada kawan2 yg tak leh terima die (what te hell!!)..aku korek punya korek, tye punya tye saper (sibuk jer nk tau aku nie) akhirnya die bg tau jugak..aku rs macam nk bg penampow jer kat org 2!!! apa punya bangang kawan 2, walaupun tak rapat pun tak payah lah nk tunjuk yg ko 2 bagus sgt!..padahal kisah silam ko pun terOw!!!

so aku yg memang suker bg nasihat (yeyerler punya nasihat) menasihati beliau bahawa, abaikan ler org mcm 2, n ramai lagi boleh terima ko..so dont worry la!...so pasni pk diri sendiri, keluarga, kawan2..2 yg terbaek! bg aku kalu nak bercinta wat masa skrg untuk diri die mmg tak sesuai gitu, takut nnt kecawa lagi susah...so pengajarannya disini.....cuber lah terima mereka yg betul2 memerlukan pertolongan n sokongan kiter semua, lgi pun die bukan wat salah kat kita..die cumer bersalah terhadap diri die sendiri....insyallah kita pun akan mendapat balasan yg setimpal dgn apa yg kita wat, jika baik insyallah baik lah balsan yg kita dapat & jika buruk insyallah buruk jugak lah balasan yg kita akan dpt..so renung2 kn lah yer....

peace

16 April 2011

ok ker tak ek?

salam semua......korg cuber sikit bg pendapat tentang layout aku ne..dah nk hampir semingu aku try ubah..pening, tangan semua dah sakit2 nie..mata pn dh nek jibOl tgok templete2 yg sgt2 lah cantik..mslhnye die sini, aku ni men redah jer untuk upgrade blog aku nie..tanpa pengawasan n pembelajaran dari sesiapa pn..so sp yg terbaca blog sy ni leh tlg2 cikit komen, beri pendapat or ajar ker tlg lah yer sya yg abru nk bertatih nie mcm baby (padahal dah tua bangka..haha).. so apa2 pun korg tlg lah yer..

fezazen

11 April 2011

hidup...hidup...hidup....

salam semua....

HIDUP ini sebuah misteri dan penuh rahsia!

Pada umumnya, manusia tidak mengetahui tentang sesuatu, yang mereka ketahui hanyalah realiti yang nampak saja. Tidak ada seorang pun yang tahu berapa lama ia akan hidup, di mana ia akan mati, (Q.S 31: 34) dalam keadaan apa ia akan mati, dan dengan cara apa ia akan mati, sebahagian manusia menyangka bahwa hidup ini hanya sekali dan setelah itu mati ditelan bumi. Mereka meragukan dan tidak percaya bahwa mereka akan dibangkitkan kembali setelah mati (Q.S An-Naml: 67). apapun kepercayaan mengenai kehidupan setelah mati , pandangan mungkin sangat bergantung pada agama dan kepercayaan yang dipeluk dan diyakini oleh seseorg.


Islam menjelaskan makna hidup yang hakiki melalui perbandingan dua ayat yang sangat kontras, seperti dicontohkan di dalam Al-quran. Seorang yang telah mati menurut mata lahir kita, bahkan telah terkubur ribuan tahun, jasadnya telah habis dimakan cacing dan belatung lalu kembali menjadi tanah, namanya sudah hampir dilupakan orang. Tetapi yang mengherankan, Allah SWT memandangnya masih hidup dan mendapat rezeki di sisi-Nya serta melarang kepada kita menyebut mati kepada orang tersebut.

Hal ini dapat kita lihat dalam (Q.S 3: 169).
"Janganlah kalian menyangka orang-orang yang gugur di jalan Allah itu telah mati, bahkan mereka itu hidup dan mendapat rezeki di sisi Allah." Sebaliknya ada orang yang masih hidup menurut mata lahir kita, masih segar-bugar, masih bernapas, jantungnya masih berdetak, darahnya masih mengalir, matanya masih berkedip, tetapi justeru Allah menganggapnya tidak ada dan telah mati, seperti disebutkan dalam firmannya "Tidak sama orang yang hidup dengan orang yang sudah mati. Sesungguhnya Allah SWT mendengar orang yang dikehendaki-Nya, sedangkan kamu tidak bisa menjadikan orang-orang yang di dalam kubur bisa mendengar," (QS Al-Fathir 22). Maksud ayat ini menjelaskan Nabi Muhammad tidak bisa memberi petunjuk kepada orang-orang musyrikin yang telah mati hatinya.


p/s : Marilah Kt Renung2kn..peringatan untuk diri saya dan org sekeliling yg saya sayangi termasuk yg membaca entri ini..

sumber : Marhaban Ya Ramadhan (facebook)

by :fezazen

04 April 2011

WHAT HAVE YOU DONE FOR YOUR HEALTH TODAY?






assalamualaikum!!!




kita sebagai manusia perlu bersyukur dgn setiap apa yg kita di dunia ini..anggota badan adalah salah satu yg dikurniakn oleh Allah S.W.T kepada kt semua dimuka bumi ini. sebagai manusia yg bertanggungjawab kt eprlulah menjaganye dgn sempurna walaupun ada diantara kt tidak cukup sifatnye..so harini saya akan citer cikit lah mengenai kesihatan, but in english lah..huhuhu.. nie pun dpt dari flyers yg aku kutip..huhu..bg saya kesihatan sgt2 penting n perlu di ambil berat..so saya share disini untuk anda semua...!!!




GREAT HEALTH STARTS WITH YOU!


MAKE THE CHANGE TODAY!





HEALTHY DIET

Ear 6 smaller meals instead daily which includes 5 serving of vegtables and fruits.




STAY ACTIVE

Get a least 20 - 30 minutes daily help will improve blood flow to your brain, increasing one's daily energy supply.




LOAD UP WITH WATER


Drink at least 8 - 10 glasses of water daily for a longer, healthier, and more vigorous life.


GOOD NIGHT'S SLEEP


Have at least 6 - 8 hours of sleeps so that you are able ti work productively

LAUGH, SMILE BE HAPPY



rest and relax, enjoy and have fun, forgive yourself and let go, a long way to ensure that you're happier and healthier.


by : fezazen

31 March 2011

KISAH BENAR DISEBALIK APRIL FOOL's DAY

Assalamualaikum w.b.t.

wah rasanya lama gak aku tak update blog nie..kali nie aku nk cerita cikit pasal April Fool's Day aku dpt kisah-kisah nie pun dlm blog-blog diorg nie....aku rs ramai yg dah tau rsnye pasal kisah nie, tapi aku still share semua utk semua umat islam kat dunia nie...sebelum 2 korg bc lah citer pasal april fool yg aku dpt dr slah seorg mmbr blog aku..kisah yg betul2 berlaku...


Ikutilah cerita sedih disebalik April Fool’s Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1 hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya ‘pandang ke barat’ menjadi begitu sibuk sekali. Kepala mereka penuh dengan senarai mangsa-mangsa untuk dipermain-mainkan.

Bahkan sewaktu memandu atau sedang makan pun kepala mereka ligat berputar merangka-rangka rancangan ‘penganiayaan’ ini. Yang penting mereka ingin puas melihat muka mangsa-mangsa gurauan April Fool mereka merah padam kerana dipermain-mainkan. Bagaimanapun, tanpa mereka sedari, kadang kala lawak-lawak biasa atau ‘practical jokes’ yang dilakukan boleh mencetuskan pergaduhan dan penyesalan yang berpanjangan.

Sewaktu zaman persekolahan dahulu, penulis pernah terbaca tentang suatu tragedy yang berlaku pada 1 hb April ini. Seorang suami yang jahil tentang agama, telah mengucapkan, ‘Aku ceraikan kau dengan talak 3’ pada isterinya dengan niat untuk melawak.
Isterinya yang pada mulanya terping-pinga terus meraung apabila si suami dengan muka selamba kemudiannya mengucapkan ‘April Fool!!’. Selepas itu, giliran si suami pula untuk meraung apabila diberitahu talak yang dilafazkan telah pun jatuh!!!

DISEBALIK APRIL FOOL'S DAY

Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat'.

Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri.

Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol. Penduduk-pen
duduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan.

Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang
dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini
. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil.

Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai
peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.


P/S : KESAHIHAN CERITA NI TIDAK DPT DIKENAL PASTI, SY CUM
ER SHARE UNTUK MEMBERI PERINGATAN KEPADA KT SEMUA..INSYALLAH



FEZAZEN
(",) peace

11 December 2010

kembali berblogging

wah..ketemu kt lagi....byk aku tingalkn....rsnye last aku tulis blog bulan 9..nie sekrg dah buln 12..wow lamernye aku tingalkn dunia nie..huhuhu..mgkn faktor sekeliling aku nie yg membuatkn aku luper seketika mengenai blog aku nie yg dah penuh dgn sawang2 labah2 nie..nie smbil berblogging dengar lagu STAY FROM HURTS..best lagu die... meh2 dengar kat youtube...STAY HURTS...

dlm ms yg singkat nie sejak aku dh jrg blogging nie byk benda yg berlaku dlm idup aku....apa2 pun aku bersyukur sgt2 kat allah kerana dia tunjukkan aku jln yg sebenarya yg patut aku lalui.....aku terima...dan sekrg nie aku tgah cuba untuk memaafkn org g pernah wat salah

28 September 2010

REUNION SEKOLAH MENENGAH TUN TUAH BATCH 2002

ASSALAMUALAIKUM...

hari aku nk bercerita mengenai REUNION sekolah lama aku yg akan diadakan tidak lama lg...diatas permintaan ramai, akhirnya aku sebagai cordinator untuk reunion nie pun memulakan dengan mengumpul budak2 skol aku yg nk g reunion nie..sesiapa yg terbaca blog aku nie sila la invite yg mereka merupakan bekas pelajar SEKOLAH MENENGAH TUN TUAH BATCH 2002.alhamdulillah...tak sangker feedback yang aku terima daripada diorg terhadap reunion ini sungguh memberansangkan.. alhamdulillah..tak sabar lah rasanya aku nk jumpa diorg nie...HAPPY giler nie....

aper-aper2 pun korang tgu jer lah yer REUNION yg akan dilangsungkn tak lama lg ini...

TUNGGUUUUU......!!!!!!!!!!!!!!!

tarikh untuk reunion ni ialah pada 25 disember 2010....

02 September 2010

everything is over..

All my problems will be solved in the near future. I hope so.
Despite all the problems will be solved, I'll feel guilty even though I am happy as well as those that I love now.
Will I have a very bad, if disappointing one for our happiness?


I am very confused with my life now.

22 August 2010

sepanjang bulan KEMERDEKAAN...

Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengulukan seruan Merdeka! pada 31 Ogos 1957.

assalamualaikum semua...hari nie aku nk bercerita mengenai hari kemerdekaan..mgkn disebabkn aku nie rakyat malaysia, so jiwa patriotik perlu ada dlm idup aku n bukan aku sahaja tapi kt semua...aku juga nk mengucapkan SELAMAT HARI KEMERDEKAAN YG KE-53 KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA!!!

hari nie 13 ramadhan 1431m/ 23hb ogos 2010..lagi beberapa hari jer lagi kt akan menyambut hari kemerdekaan..cube korg lihat kat sekeliling korang, beraper kerat jer yg bersemangat utk menyambut kemerdekaan?kalu ada 1000 kereta, rsnye hanya 10 buah kereta jer yg memasang bendera...cube lah korg fikir, kt nie rakyat malaysia, bersyukur dgn aper yg kita kecapi skrg nie..cube tgok negara len, contoh singapore,
thailand n yg negara sejiran dgn kt..mereka bangga dgn negara mereka..tapi kt?apa slahnye membeli bendara yg murah..setakat RM 1 kat mydin 2 takkan lah x boleh beli kot......

pk jer lah..nie jer yg kt mampu buat utk merasa bangga dgn malaysia...nk suruh berperang rsnye korang x kn sanggup punya....mgkn org akn ckp aku nie semangat patriotik sgt lah aper lah..tapi 2 lah kenyataannye...cume kt perlu sedar skrg nie bertapa bertuahnya kt duduk di bumi bernama MALAYSIA!!!!....

SO BANGGA LAH MENJADI ANAK MALAYSIA!!!!
fezazen...

15 August 2010

informasi...

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasaUmat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukanHal-hal yang berikut:


* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih Ada )

* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri

* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah Kita Bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat Dan yang meng-aminkan adalah Rasullullah Dan para sahabat, Dan dilakukan pada Hari Jumaat.


elyzazen...

12 August 2010

selamat menyambut ramadhan...

assalamualaikum semua...

wah dah lamer gak lah aku x update blog aku nie..huhu..byk peristiwa yg berlaku tanpa dijangka dlm tempoh tersebut.....harini merupakan hari ke-3 ramadhan (puase)..so rsnye tak terlewat lah lagi aku nak membuat ucapkan pose nie.....aku nak mengucapkan selamat bulan ramadhan kepada mak, baba, abg2 aku, adik2 aku,sahabat aku, kawan, n untuk org tersayang....huhuhuhuu...

hidup aku skrg nie alhamdulillah kembali tenang n happy sgt2.. terima kasih lah aku ucapkan kepada beliau sbb membahagiakan aku walaupun dalam pertemuan singkat yg kami ciptakn itu...insyallah aper yg kami n aku harapakn berkekalan n diberkati hendaknya..amin.......

selain itu jugak...aku nk mengucapkan terima kasih yg tak terhingga kepada sahabat2 aku yg merestui aper yg berlaku skrg nie....insyallah doa anda semua amat kami perlukan utk memberi semangat kepada kami..TERIMA KASIH .......

1st pose aku kali nie kat bangi....sedih sgt2 yelah biasenye 1st pose org sumernye lepak n berbuka n sahur bersama family...aku?...nasib bek lah ada housemate kat umah 2..kalu x berbuka sorg2 lah aku nmpknye........aku happy sangat ramadhan kali nie sbb menanti sinar baru yg akn muncul dalam idup aku....insyallah....

2nd pose...aku dgn housemate aku 2 org jer..huhuhu..sedih sungguh...x dpt aku byngkn....mcmaner sedihnye keadaan aku ms 2..tapi aku kena lah terima hakikat n kenyataan itu..nasib bek still ada peneman kat umah...

hari nie pose yg ke 3..huhuhu..aku berbuka sorang2..:( (sedih sgt2).....diorg sumer balik kg n ada yg g class mlm....sedihnye....tak per lah..aku hari nie berbuka kat luar bersama rakyat jelata..kekekkee......kata nk berdikari..so we need to try!!!...chayok2!!!..jgn cedih2..nnt batal pose.....kekkee

harini jugak aku akan berangkat pulang ke melaka bersama teman-teman aku (leza n wangi)....mgkn kami akan bergerak malam untuk mengelakkan jam n menunggu leza abis kelas....happy sgt2...x sabar rsnye nak balik mlk.....miss my family.......


ok lah rs mcm dah byk lak aku membebel nie..nnt kalu aku ada ms aku akan update lg blog k..harap2 anda semua bersabar...

SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMU.....


elyzazen..

27 July 2010

ciri-ciri suami pilihan

ASSALAMUALAIKUM...

Wah dah lamer rsnye tak update blog aku nie....rs kosong lah pulak...huhuhu,...entri kali nie aku nk share dgn korang sume mengenai ciri-ciri suami pilihan yg terbaik untuk wanita diluar sana...aku tulis entri nie sbb aku rs aku pun memerlukan benda nie sumer untuk membuat pilihan dalam idup aku....semua org nk kn kebahagian untuk diri masih2..mgkin info yg aku dpt nie korang pernah baca, takper saper yg tak baca lg 2,jadikan lah ianya panduan k untuk membuat pilihan..tanpa usaha semuanya takkan berjalan..insyallah...

* Kuat agamanya

Biar sibuk sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang taat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin. Utamakanlah pemuda yang jujur membimbing dan memelihara iman anda.


* Baik akhlaknya

Ketegasannya nyata tetapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara. Mudah di bawa berbincang. Tidak terlalu berahsia.


* Tegas mempertahankan maruah

Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam? Adakah dia jujur sebagai pelindung maruah seorang perempuan?


* Amanah

Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.


* Pemurah tetapi tidak boros

Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dan harta dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.


* Tidak liar matanya

Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.


* Terbatas pergaulan

Sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah jadi fitnah orang, tetapi dia tidak mengamalkan cara hidup bebas.


* Rakan pergaulannya

Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. Sebaik-baik teman adalah teman yang soleh.


* Bertanggungjawab

Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tidak bertanggungjawab.


* Tenang wajah

Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.

'Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya.'

berwaspada lah kiter dlm membuat memilih pasangan hidup kt.....



KASIH manusia sering bermusim,
sayang manusia tiada abadi.
Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janji-Nya pasti.

20 July 2010

CINTA DAN AIRMATA SEORG WANITA


Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya “Mengapa engkau menangis?"
"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.
"Aku tidak mengerti", kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"
"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu membesar menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita suka menangis.
Akhirnya ia mendapat petunjuk dari Tuhan, Antara bisikan yang didengarinya adalah:

1. "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

2. "Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

3. "Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

4. "Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

5. "Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

6. "Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu "

7. "Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan walaupun kadangkala dia tidak memerlukannya."

"Tahukah kamu:


Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."
"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, karena itulah pintu hatinya – tempat dimana cinta itu ada."

Setiap Wanita itu Cantik.
Wahai wanita...pandanglah hidup ini dengan pandangan cinta dan optimis. Hidup adalah anugerah daripada Allah untuk manusia, maka terimalah anugerah itu dengan gembira.

19 July 2010

dalam delima

bkn mmudah kt nak menyukai seseorg yg kt suke or sayang...perit rsnye idup ini biler pk kan balik aper yg berlaku dlm idup kt...aku sedih dgn aper yg aku alami sekarang nie...mgkn takder org yg akan memahami n fahami aper yg aku alami...tapi kenyataannye idup ini memg perit...

jgn mudah memberi harapan jika ianye hanya untuk dipermainkn....terlalu sakit biler kiter dilukai,tak payah nk memahami or fahami jika niat sbenar untuk mempermainkn sahaja..tak guna semua 2...

saper yg boleh memberikan aku kebahagiaan yg aku impiakan?ada kah aku sendiri?abaikan lah....

p/s: terluka & sedih